Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Hari terakhir kelas untuk minggu ini adalah hari ini. hihi Yela dah nama pun negeri kelantan kan esok mesti cuti.
Tadi ada kelas CTU 264 a.k.a pengurusan maklumat islam dan ELC 230 a.k.a kelas bahasa inggeris. Tengok dalam jadual, ustaz tapi yang datangnya ustazah. Mungkin dah berubah kelas kot.
Senior kata ustaz tu ok. Ustazah tu straight. Memang mula-mula masuk kelas fuhhh semangat. Last-last tengok ustazah yang masuk terus down. Kah..kah..kah.. tu kawan punya reaksi okey. kihkihkih.
Aku punya reaksi?..
Senyap jela.. "Muka Blur masih ingat perak lagi"
Mana-mana pun sama. Makluk Allah juga kan. Nak takut kenapa kalau itu hanya makluk Allah. Yang kita kena takut adalah hanyalah Allah.
Mungkin dapat ustazah yang straight ada hikmah dia?
Mungkin kita akan lebih tumpu dalam kelas.. tak boleh main-main..
Mungkin sebab itu juga Boleh dapat 3.5 ke atas..
Allah adalah sebaik-baik perancang.
Setiap yang berlaku mesti ada hikmah dia.. Allah sudah aturkan yang mana terbaik untuk kita. Cuma Allah tidak tunjuk direct saja.
Kita yang ada akal, otak ni kenalah berfikir.
Untuk kelas ELC pula. Memang enjoy. Memang best sir untuk semester ni. Selalunya bila masa kelas ELC semester lepas. Aku jadi takut-takut. Yela keyakinan untuk berbahasa inggeris kurang.
Apa-apa pun.. Allah sebaik-baik perancang.
Semoga ada hikmah disebalik semua ini.
Insyallah.. Amin
Wednesday, 3 December 2014
Siapakah sebaik-baik perancang
Labels:
personal
Location:
Machang, Kelantan, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment