Tuesday, 31 March 2020

Covid 19

Assalamualaikum.. Lama tak masuk blog ni.. Dah berhabuk.. Nak masuk juga.. Sebab dah tak tahu nak buat apa..

Masa kerja nak sangat cuti..ni haa.. Ambik.. Allah bagi cuti sampai bosan.. Baru rasa nak keje balik.. 

Cuti bukan saja2 cuti. Tapi cuti sebab mengikut arahan kerajaan #stayathome untuk menangani wabak corona virus..atau covid 19.. Tujuan Perintah ini untuk memutuskan rangkaian virus yang merebak.

Hari ni hari akhir perintah movement control order atau lebih jelas perintah kawalan pergerakan untuk fasa pertama.  Esok fasa ke 2..1 april sehingga 14 april.

Aku rindu nak keluar.. Tapi aku juga. Takut nak keluar.. Pertama kali dalam sejarah aku.. Aku rindu nak pergi keje🤣.. DTapi demi menjadi Rakyat malaysia yang bertanggungjawap.. Aku hadapi dengan redha.. Duduk rumah.. Jadi temporary housewife without husband 🤣.. Masak everyday untuk mak abah.. Such a perfect moment.. Ada hikmah juga rupanya.. Bila MCO ni dijalankan.. Aku dapat spend a lot of time with mak abah.. ❤️

Dan aku berharap.. Allah angkat virus ini dari bumi.. Hapuskan virus ini.. Semoga semuanya jadi sediakala.. 

Monday, 22 June 2015

karya aku

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Cerita pertama rekaan aku yang di paparkan dikhalayak umum.. Kehkehkeh macam popular pula ayat aku ni. Jom baca kalau ada kurang dari segi ayat tolong perbetulkan ye. Cita-cita nak jadi novelis.. 


Tapi entah tahun bila cita-cita itu tercapai. Kerana berangan itu ada hobi aku hahaha..


cerita ini tiga tahun yang lepas..


saat pertama kali aku bertentangan mata dengannya..


pintu yang sudah sedia diketahui akan sedikit kerosakannya sehingga menyebabkan masalah apabila ingat dibuka, aku tarik kuat..namun pintu makmal sains itu masih berdegil.. mulut aku terkumat-kumit merungut. 


Habislah aku semua kawan-kawan sudah selamat masuk ke dalam. tinggal aku yang masih terkial-kial membuka pintu yang maha degil itu.. 


satu suara menyapa aku lembut. "sini aku tolong buka kan. tepi sikit". Aku yang terkejut terus melepaskan tombol pintu memberi ruang kepadanya.. 


Dengan hanya sekali percubaan. Pintu itu berjaya dibuka. Dia memberi ruang kepada aku untuk masuk. Oleh kerana malu yang telah menyembur ke muka aku. cepat-cepat aku meloloskan diri ke dalam makmal itu sambil diikut oleh si hero pintu makmal sains.


Bersambung...

Wednesday, 3 December 2014

Siapakah sebaik-baik perancang

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Hari terakhir kelas untuk minggu ini adalah hari ini. hihi Yela dah nama pun negeri kelantan kan esok mesti cuti.

Tadi ada kelas CTU 264 a.k.a pengurusan maklumat islam dan ELC 230 a.k.a kelas bahasa inggeris. Tengok dalam jadual, ustaz tapi yang datangnya ustazah. Mungkin dah berubah kelas kot.

Senior kata ustaz tu ok. Ustazah tu straight. Memang mula-mula masuk kelas fuhhh semangat. Last-last tengok ustazah yang masuk terus down. Kah..kah..kah.. tu kawan punya reaksi okey. kihkihkih.

Aku punya reaksi?..



Senyap jela.. "Muka Blur masih ingat perak lagi"

Mana-mana pun sama. Makluk Allah juga kan. Nak takut kenapa kalau itu hanya makluk Allah. Yang kita kena takut adalah hanyalah Allah.

Mungkin dapat ustazah yang straight ada hikmah dia?

Mungkin kita akan lebih tumpu dalam kelas.. tak boleh main-main..

Mungkin sebab itu juga Boleh dapat 3.5 ke atas..

Allah adalah sebaik-baik perancang.

Setiap yang berlaku mesti ada hikmah dia.. Allah sudah aturkan yang mana terbaik untuk kita. Cuma Allah tidak tunjuk direct saja.

Kita yang ada akal, otak ni kenalah berfikir.

Untuk kelas ELC pula. Memang enjoy. Memang best sir untuk semester ni. Selalunya bila masa kelas ELC semester lepas. Aku jadi takut-takut. Yela keyakinan untuk berbahasa inggeris kurang.

Apa-apa pun.. Allah sebaik-baik perancang.

Semoga ada hikmah disebalik semua ini.

Insyallah.. Amin

Siapakah Nota Bunga?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Siapakah Nota Bunga??


Semestinya perempuan. Berumur 19 Tahun. "Muda lagi tau hehe". Seorang pelajar Diploma Pengurusan Maklumat di UITM Machang, Kelantan. Asal Nota Bunga ni dari Perak. 

Aku ni seorang yang pemalu... Tidak peramah.. Suka buat kerja seorang diri.. Hobi aku baca novel.. menulis.. masak kek, pencuci mulut dan lain-lain lah.

Aku ada cita-cita yang paling aku impikan.. jeng..jengg.. hihihi.. I Want To be A Writer.. Itulah cita-cita yang aku impikan. 

Masih bujang.. kihkihkih..

Anak bongsu yang paling manja.. Semua nak mak buat..

Impian aku bila dah kerja.. "Semoga aku dapat kerja yang boleh aku mendekatkan diri kepada Allah". Aku nak bawak mak dan abah pergi travel, kan jauh perjalanan luas permandangan. Sebab masa tu lah ada duit sendiri kihkihkih..

Aku nak pergi menjelajah bumi Ciptaan Allah yang maha Cantik, luas, indah dan unik. 

Abah selalu cerita kat aku tentang keindahan alam ciptaan Allah.

Sebenarnya aku ada blog sendiri yang diterajui di bawah tajuk kata-kata hikmah. Nama blog pertama aku NotaInsan nak tengok blog tu jom klik SINI.. Blog ni masih aktif untuk pelbagai bidang.

Saja aku ciptakan Nota Bunga supaya di sini aku dapat habiskan menulis cerita tentang aku.. cerita rekaan aku. Mana tahu.. diblog ni aku dapat menghasilakan sebuah novel aku sendiri.


Semoga Impian aku menjadi kenyataan..

Insyallah.. Aminn