Monday, 22 June 2015

karya aku

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Cerita pertama rekaan aku yang di paparkan dikhalayak umum.. Kehkehkeh macam popular pula ayat aku ni. Jom baca kalau ada kurang dari segi ayat tolong perbetulkan ye. Cita-cita nak jadi novelis.. 


Tapi entah tahun bila cita-cita itu tercapai. Kerana berangan itu ada hobi aku hahaha..


cerita ini tiga tahun yang lepas..


saat pertama kali aku bertentangan mata dengannya..


pintu yang sudah sedia diketahui akan sedikit kerosakannya sehingga menyebabkan masalah apabila ingat dibuka, aku tarik kuat..namun pintu makmal sains itu masih berdegil.. mulut aku terkumat-kumit merungut. 


Habislah aku semua kawan-kawan sudah selamat masuk ke dalam. tinggal aku yang masih terkial-kial membuka pintu yang maha degil itu.. 


satu suara menyapa aku lembut. "sini aku tolong buka kan. tepi sikit". Aku yang terkejut terus melepaskan tombol pintu memberi ruang kepadanya.. 


Dengan hanya sekali percubaan. Pintu itu berjaya dibuka. Dia memberi ruang kepada aku untuk masuk. Oleh kerana malu yang telah menyembur ke muka aku. cepat-cepat aku meloloskan diri ke dalam makmal itu sambil diikut oleh si hero pintu makmal sains.


Bersambung...